Thursday 21 June 2012

Ceramah sambutan Israk Mikraj 2012 (1433H)

Sempena sambutan Israk Mikraj, Surau taman Selasih akan mengadakan ceramah sambutan israk mikraj pada 24 JUN 2012 bertempat di surau kami. semua di jemput hadir bag memeriahkan lagi majlis ini.



Proses Pembesaran Surau


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami mengumpulkan dana untuk pembesaran surau. Terima kasih kepada merka-mereka yang menghulurkan infak. Semoga Allah merahmati kalian. Duit yang terkumpul buat masa sekarang ialah RM 25 ribu. Walaubagaimanapun, kami masih memerlukan sekurang-sekurangnya RM 40 ribu lagi untuk menyiapkan projek ini. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan amat-amat kami hargai. No akaun surau adalah  Bank Islam atas nama Surau Taman Selasih. No akaun 05049010013888.


Gambar sebelum kerja-kerja pembinaan dilakukan. Bahagian inilah yang akan di tambah besarkan




Bahan-bahan untuk pembesaran telah dihantar







Sehingga ke hari ini, (21 Jun 2012), bumbung telah dinaikkan. Tetapi admin tidak  sempat untuk mengambil gambar. InsyaAllah, perkembangan surau akan di update lagi.

Wednesday 18 April 2012

Kulian Perdana Bersama Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus

Surau Taman Selasih Port Dickson akan mengadakan kuliah perdana bersama Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus. Maklumat lebih lanjut seperti di bawah. Semua warga Islam khususnya yang berdekatan dijemput hadir untuk menadah ilmu daripada seorang ulamak yang terkenal ini.


Wednesday 8 February 2012


Sabar dan Redha


Apa yang membezakan sifat sabar dan redha ini??? Memetik kata2 ustaz Juhaimi yang mengajar di surau kami, kalau kita dah sampai ke peringkat sabar pun dah dikira cukup baik. Dan terlebih baik kalau kita mencapai peringkat redha. keduanya nampak same tapi yang membezakan terletak di dalam hati (Dari kitab Penawar Bagi Hati-kitab tasauff)

Contoh: Seorang hamba Allah pergi ke masjid dan seliparnya di curi...
Gambar google

Sabar: Hamba Allah ini tidak berkata apa2 yang buruk (macam sumpah seranah dll) tetapi hanya diam atau megucap perkataan yang baik2 (alhamdulillah dll). Tapi dalam hatinya memang menyumpah2 si pencuri atau berburuk sangka pada Allah (cth: ya Allah,kenapa selipar aku yang hilang, bukan selipar orang lain)
Gambar google

Redha: Sama seperti sabar tetapi di dalam hatinya tidak ade sekelumit rase buruk sangka pada Allah, langsung tidak marah pada si pencuri malah bersenang hati di atas segala yang menimpa dirinya. pendek cerita semua perkara yang menimpanya sama ada baik atau buruk, dia tetap bersyukur dan berterima kasih pada Allah. Baginya, itulah yang terbaik yang Allah tentukan untuknya..
Gambar google

Mudah2an kita sekurang2nya tergolong di kalangan orang yang sabar. Dan memohon pada Allah agar kita mencapai peringkat redha terhadap ketentuan-Nya..InsyaAllah..

Muhasabah diri: Di alam pekerjaan, kita akan mengejar pangkat/kedudukan dsbnya tapi untuk Allah, jarang sekali kita memikirkan di mana 'pangkat' kita di sisi-Nya..

Di copy dari : http://lifentravels.blogspot.com/

Saturday 4 February 2012

Ya rasulullah..Kami merinduimu

Mari berselawat.

Ya Nabi Salamun Alaik

Kisah pemergian rasulullah

Detik-Detik Pemergian Rasulullah


BIODATA MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Denga nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Bila kita baca tajuk di atas, semua orang akan berkata, alah, sape tak kenal nabi Muhammad utusan Allah. Tapi berapa ramai yang mengenali Rasulullah lebih daripada mengenali artis-artis, buah hati dan kawan-kawan. Sedihnya bila mengenangkan umat Muhammad tidak mengetahui secara lengkap peribadi rasulullah.

 Justeru itu, saya terpanggil untuk menulis sedikit sebanyak biodata dan kronologi Muhammad Bin Abdullah ini untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

  • NAMA : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
  • TARIKH LAHIR : Subuh, hari Isnin, 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571 masihi (Dikenali sebagai Tahun Gajah sempena tentera bergajah Abrahah menyerang kota Mekah)
  • TEMPAT LAHIR :Makkah Al-Mukarramah
  • NAMA BAPA : Abullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
  • NAMA IBU : Aminah Binti Wahab Bin Abdul manaf
  • PENGASUH PERTAMA : Barakah Al-Habasyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa rasulullah SAW)
  • IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibah, (hamba perempuan Abu Lahab)
  • IBU SUSUAN KE-2 : Halimah Binti Abu  Zuab AS-Saadiah ( dikenali sebagai Halimah As-Saadiah. suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN

-Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW oleh 2 malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN


-Ibunya Aminah Binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekkah dan Madinah)
-Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutalib)

USIA 8 TAHUN

-Datuknya pula Abdul Mutalib meninggal dunia
-baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib



USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


-Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  
-Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN


-Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN


-Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN


Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN


-Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN


-Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN


-Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


-Khadijah Binti Khuwailid.
-Saudah Binti Zam'ah.
-Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
-Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
-Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
-Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
-Zainab Binti Jahsy.
-Maimunah Binti Harith.
-Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
-Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


-Qasim
-Abdullah
-Ibrahim
-Zainab
-Ruqaiyah
-Ummi Kalthum
-Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
-Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


-Al-Harith
-Muqawwam
-Zubair
-Hamzah ***
-Al-Abbas ***
-Abu Talib
-Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
-Abdul Ka ' bah
-Hijl
-Dhirar
-Umaimah
-Al-Bidha (Ummu Hakim)
-Atiqah ##
-Arwa ##
-Umaimah
-Barrah
-Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai  aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam  syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Sandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
Ini adalah biodata secara ringkas Rasulullah. Semoga sedikit info ini dapatlah kita lebih mengenali Rasulullah dengan lebih rapat.

Di copy dari : http://wirajiwa.bumicyber.com


Friday 3 February 2012

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

Ceramah Maulidur Rasul 1433 Hijrah
Sempena kelahiran Rasulullah pada bulan Rabiul Awwal 1433h ini, Surau Taman Selasih  akan mengadakan Ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh USTAZ GHAZALI IBRAHIM yang merupakan adinda kepada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani. Muslimin muslimat dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis yang mulia ini.

Monday 16 January 2012

MESYUARAT AJK KALI KE- 01 DIADAKAN

Pada 11 januari 2012, selepas solat isyak, mesyuarat AJK surau Taman Selasih telah diadakan. Alhamdulillah, hampir ke semua AJK telah hadir untuk berkongsi idea, memberi maklumat dan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan masa hadapan surau.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Surau Taman Selasih. Seterusnya, ahli mesyuarat membincangkan tentang biro-biro yang akan ditubuhkan untuk memudahkan pengurusan surau. Setelah mendapat kata yang sepakat dari ahli mesyuarat yang hadir pada hari itu, 7 biro telah ditubuhkan. Biro-biro itu adalah :


1. Biro Penerangan, Maklumat dan Komunikasi
 - Diketuai oleh En. Mohd Fauzi Bin Hamin     
 - Ia melibatkan kerja-kerja penyebaran maklumat, risalah dan sebagainya.

2. Biro Pembangunan
 -Diketuai oleh En. Abdul Razak Bin Othman
- Ia melibatkan kerja-kerja pembesaran dan pembaikan surau

3. Biro Ekonomi
 - Diketuai oleh En. Saad Bin Haron
 - Biro ini ditubuhkan untuk menjana pendapatan surau

4. Biro Pengajian dan Dakwah
- Diketuai oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin abdul Manan
- Biro ini ditubuhkan untuk menyusun atur aktiviti-aktiviti kerohanian termasuklah kuliah mingguan, bulanan,  majlis keraian dalam bulan islam dan banyak lagi.

5. Biro hal Ehwal Wanita
 - Diketuai oleh Pn Jamiah Binti Zakaria
 - Ia melibatkan hal ehwal wanita, kelas pengajian untuk wanita dan lain-lain

6. Biro Keselamatan
 - Diketuai oleh En Syamsul Kamal Bin Borhan
 - Ia melibatkan keselamatan surau.

7. Biro Kebajikan dan Keceriaan
 - Diketuai oleh En Haji Abdul Kadir Bin Drani (muslimin), Pn Nazirah Bt Maya (muslimat) dan
   Pn Nor Haliza Bt Samsudin (muslimat)
 - Ia melibatkan kerja-kerja penceriaan surau, kebersihan dan lain-lain.


Selain itu, ahli mesyuarat juga telah mendapat kata sepakat untuk membuat kutipan setiap rumah di Taman Selasih sebanyak RM 2 x 12 bulan bagi seisi rumah. Ia adalah untuk kos penyelenggaraan surau dan lain-lain.

Projek untuk pembesaran surau juga telah dibincangkan serba sedikit pada malam itu. Segala tugas dan tanggungjawab akan diserahkan kepada Biro Pembangunan.

Semoga apa yang telah dibincangkan pada hari itu akan memberi sedikit sebanyak impak kepada masyarakat setempat, InsyaAllah.