Monday 16 January 2012

MESYUARAT AJK KALI KE- 01 DIADAKAN

Pada 11 januari 2012, selepas solat isyak, mesyuarat AJK surau Taman Selasih telah diadakan. Alhamdulillah, hampir ke semua AJK telah hadir untuk berkongsi idea, memberi maklumat dan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan masa hadapan surau.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Surau Taman Selasih. Seterusnya, ahli mesyuarat membincangkan tentang biro-biro yang akan ditubuhkan untuk memudahkan pengurusan surau. Setelah mendapat kata yang sepakat dari ahli mesyuarat yang hadir pada hari itu, 7 biro telah ditubuhkan. Biro-biro itu adalah :


1. Biro Penerangan, Maklumat dan Komunikasi
 - Diketuai oleh En. Mohd Fauzi Bin Hamin     
 - Ia melibatkan kerja-kerja penyebaran maklumat, risalah dan sebagainya.

2. Biro Pembangunan
 -Diketuai oleh En. Abdul Razak Bin Othman
- Ia melibatkan kerja-kerja pembesaran dan pembaikan surau

3. Biro Ekonomi
 - Diketuai oleh En. Saad Bin Haron
 - Biro ini ditubuhkan untuk menjana pendapatan surau

4. Biro Pengajian dan Dakwah
- Diketuai oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin abdul Manan
- Biro ini ditubuhkan untuk menyusun atur aktiviti-aktiviti kerohanian termasuklah kuliah mingguan, bulanan,  majlis keraian dalam bulan islam dan banyak lagi.

5. Biro hal Ehwal Wanita
 - Diketuai oleh Pn Jamiah Binti Zakaria
 - Ia melibatkan hal ehwal wanita, kelas pengajian untuk wanita dan lain-lain

6. Biro Keselamatan
 - Diketuai oleh En Syamsul Kamal Bin Borhan
 - Ia melibatkan keselamatan surau.

7. Biro Kebajikan dan Keceriaan
 - Diketuai oleh En Haji Abdul Kadir Bin Drani (muslimin), Pn Nazirah Bt Maya (muslimat) dan
   Pn Nor Haliza Bt Samsudin (muslimat)
 - Ia melibatkan kerja-kerja penceriaan surau, kebersihan dan lain-lain.


Selain itu, ahli mesyuarat juga telah mendapat kata sepakat untuk membuat kutipan setiap rumah di Taman Selasih sebanyak RM 2 x 12 bulan bagi seisi rumah. Ia adalah untuk kos penyelenggaraan surau dan lain-lain.

Projek untuk pembesaran surau juga telah dibincangkan serba sedikit pada malam itu. Segala tugas dan tanggungjawab akan diserahkan kepada Biro Pembangunan.

Semoga apa yang telah dibincangkan pada hari itu akan memberi sedikit sebanyak impak kepada masyarakat setempat, InsyaAllah.