Friday, 6 November 2015
MAKLUMAN AWAL - MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H
Kami ingin memaklumkan bahawa majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini akan diadakan pada hari Sabtu 26 Disember 2015. Kemuncak kepada majlis sambutan ini ialah satu acara Ceramah Perdana yang akan diadakan di sebelah malam, selepas solat maghrib.
Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, mantan Presiden Persatuan Ulamak Malaysia dan kini Presiden Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SYURA).
Makluman lanjut akan diberikan dari masa ke semasa.
Sekian, Terimakasih
Monday, 2 November 2015
AKTIVITI AKAN DATANG
SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL 1437H YANG DIJANGKA DIADAKAN PADA PENGHUJUNG BULAN DISEMBER 2015
Tuesday, 13 October 2015
Monday, 12 October 2015
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1437 HIJRAH
13 OKTOBER 2015
Menjelang waktu maghrib nanti, tibalah sudah kita ke tahun hijrah yang baru iaitu 1437 Hijrah. Bermakna sudah 1437 tahun Nabi besar kita Muhammad s.a.w. memulakan perjalanan meninggalkan Mekah ke alam pengembaraan yang baru ke Madinah, bagi menguatkan serta mengembangkan lagi syiar Islam sehingga tertegaknya Islam yang syumul, bagi dari segi amal ibadat persendirian, aturan-aturan kehidupan sehinggalah kepada pemerintahan negara yang mencakupi segala macam hukum-hakamnya.
Semoga kita dapat bersama-sama dengan semangat, iltizam dan kekuatan serta kesungguhan Nabi Muhammad s.a.w. serta para-para sahabatnya dalam menegakkan ugama Allah di bumiNya ini. InsyaAllah.
Petang ini, selepas solat asar, Surau Taman Selasih akan mengadakan majlis sambutan tahun baru hijrah ini, yang akan dimulakan dengan acara marhaban/berzanji, serta diikuti oleh majlis tahlil dan doa selamat, dan diakhiri dengan membaca doa akhir tahun secara berjemaah.
Selepas solat maghrib pula akan diadakan acara membaca doa awal tahun, juga secara berjemaah.
Kami menjemput mana-mana jemaah yang berkelapangan supaya dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini, bagi menambahkan lagi rasa kemeriahan dan keceriaannya, serta kegembiraan kita menyambut tahun baru dalam kalendar Islam.
Sekian terimakasih
Sunday, 27 September 2015
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA JEMAAH HAJI
Dengan berakhirnya proses ibadah haji di tanah suci, Surau Taman Selasih ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jemaah-jemaah haji, terutama sekali yang berasal dari Malaysia. Kami mendoakan semoga tuan-puan jemaah haji sekelian mendapat ganjaran haji yang mabrur.
Kami juga mendoakan kepada Allah semoga semua jemaah-jemaah haji ini pulang ke Malaysia dalam keadaan selamat dan sejahtera serta sentiasa beriqamah dengan Islam sebagaimana tuan-puan berada di tanah suci, dengan menjaga amal-ibadah, perbuatan, tutur-kata dan yang seumpamanya sehingga akhir hayat. InsyaAllah!
Kepada ahli keluarga yang menunggu, berilah sokongan kepada jemaah haji yang pulang nanti agar mereka dapat beristiqamah dengan ugama dalam suasan yang solehah tanpa dilalai dan diduga dengan bentuk-bentuk keduniaan serta segala macam gangguannya.
Wassalam.
Monday, 7 September 2015
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR
Surau Taman Selasih ingin mengucapkan selamat kepada semua adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bermula esok. Kami doakan semoga adik-adik semua dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



