Monday, 3 June 2013

Ceramah Israk Mikraj 1434H

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Surau Taman Selasih Port Dickson akan mengadakan ceramah Israk Mikraj 1434H seperti dalam gambar di bawah. Dijemput semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri majlis ini. Di minta jasa baik tuan-puan untuk memanjang-manjangkan berita ini. Terima kasih.



Friday, 22 February 2013

Ceramah Maulidurrasul 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Surau Taman Selasih akan mengadakan ceramah Maulidurrasul seperti dalam gambar di bawah. Dijemput muslimin dan muslimat untuk hadir ke majlis ilmu ini.


Thursday, 21 June 2012

Ceramah sambutan Israk Mikraj 2012 (1433H)

Sempena sambutan Israk Mikraj, Surau taman Selasih akan mengadakan ceramah sambutan israk mikraj pada 24 JUN 2012 bertempat di surau kami. semua di jemput hadir bag memeriahkan lagi majlis ini.



Proses Pembesaran Surau


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami mengumpulkan dana untuk pembesaran surau. Terima kasih kepada merka-mereka yang menghulurkan infak. Semoga Allah merahmati kalian. Duit yang terkumpul buat masa sekarang ialah RM 25 ribu. Walaubagaimanapun, kami masih memerlukan sekurang-sekurangnya RM 40 ribu lagi untuk menyiapkan projek ini. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan amat-amat kami hargai. No akaun surau adalah  Bank Islam atas nama Surau Taman Selasih. No akaun 05049010013888.


Gambar sebelum kerja-kerja pembinaan dilakukan. Bahagian inilah yang akan di tambah besarkan




Bahan-bahan untuk pembesaran telah dihantar







Sehingga ke hari ini, (21 Jun 2012), bumbung telah dinaikkan. Tetapi admin tidak  sempat untuk mengambil gambar. InsyaAllah, perkembangan surau akan di update lagi.

Wednesday, 18 April 2012

Kulian Perdana Bersama Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus

Surau Taman Selasih Port Dickson akan mengadakan kuliah perdana bersama Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus. Maklumat lebih lanjut seperti di bawah. Semua warga Islam khususnya yang berdekatan dijemput hadir untuk menadah ilmu daripada seorang ulamak yang terkenal ini.


Wednesday, 8 February 2012


Sabar dan Redha


Apa yang membezakan sifat sabar dan redha ini??? Memetik kata2 ustaz Juhaimi yang mengajar di surau kami, kalau kita dah sampai ke peringkat sabar pun dah dikira cukup baik. Dan terlebih baik kalau kita mencapai peringkat redha. keduanya nampak same tapi yang membezakan terletak di dalam hati (Dari kitab Penawar Bagi Hati-kitab tasauff)

Contoh: Seorang hamba Allah pergi ke masjid dan seliparnya di curi...
Gambar google

Sabar: Hamba Allah ini tidak berkata apa2 yang buruk (macam sumpah seranah dll) tetapi hanya diam atau megucap perkataan yang baik2 (alhamdulillah dll). Tapi dalam hatinya memang menyumpah2 si pencuri atau berburuk sangka pada Allah (cth: ya Allah,kenapa selipar aku yang hilang, bukan selipar orang lain)
Gambar google

Redha: Sama seperti sabar tetapi di dalam hatinya tidak ade sekelumit rase buruk sangka pada Allah, langsung tidak marah pada si pencuri malah bersenang hati di atas segala yang menimpa dirinya. pendek cerita semua perkara yang menimpanya sama ada baik atau buruk, dia tetap bersyukur dan berterima kasih pada Allah. Baginya, itulah yang terbaik yang Allah tentukan untuknya..
Gambar google

Mudah2an kita sekurang2nya tergolong di kalangan orang yang sabar. Dan memohon pada Allah agar kita mencapai peringkat redha terhadap ketentuan-Nya..InsyaAllah..

Muhasabah diri: Di alam pekerjaan, kita akan mengejar pangkat/kedudukan dsbnya tapi untuk Allah, jarang sekali kita memikirkan di mana 'pangkat' kita di sisi-Nya..

Di copy dari : http://lifentravels.blogspot.com/

Saturday, 4 February 2012

Ya rasulullah..Kami merinduimu

Mari berselawat.

Ya Nabi Salamun Alaik

Kisah pemergian rasulullah

Detik-Detik Pemergian Rasulullah