Sunday, 27 September 2015
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA JEMAAH HAJI
Dengan berakhirnya proses ibadah haji di tanah suci, Surau Taman Selasih ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jemaah-jemaah haji, terutama sekali yang berasal dari Malaysia. Kami mendoakan semoga tuan-puan jemaah haji sekelian mendapat ganjaran haji yang mabrur.
Kami juga mendoakan kepada Allah semoga semua jemaah-jemaah haji ini pulang ke Malaysia dalam keadaan selamat dan sejahtera serta sentiasa beriqamah dengan Islam sebagaimana tuan-puan berada di tanah suci, dengan menjaga amal-ibadah, perbuatan, tutur-kata dan yang seumpamanya sehingga akhir hayat. InsyaAllah!
Kepada ahli keluarga yang menunggu, berilah sokongan kepada jemaah haji yang pulang nanti agar mereka dapat beristiqamah dengan ugama dalam suasan yang solehah tanpa dilalai dan diduga dengan bentuk-bentuk keduniaan serta segala macam gangguannya.
Wassalam.
Monday, 7 September 2015
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR
Surau Taman Selasih ingin mengucapkan selamat kepada semua adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bermula esok. Kami doakan semoga adik-adik semua dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.
Wednesday, 19 August 2015
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN SEMPENA DENGAN KEDATANGAN MUSIM PEPERIKSAAN ANAK-ANAK (UPSR, PT3, SPM DLL)
Kami ingin memaklumkan bahawa Surau Taman Selasih akan mengadakan majls solat hajat serta bacaan Surah Yaasin sempena dengan peperiksaan-peperiksaan yang bakal diduduki oleh anak-anak kariah di bulan-bulan yang akan datang.
Majlis ini akan diadakan pada hari Khamis (malam Jumaat) 21 Ogos 2015, selepas solat maghrib.
Semua ibu-bapa serta anak-anak kariah Taman Selasih yang bakal mengambil peperiksaan besar pada tahun ini adalah dijemput untuk menyertai majlis ini, semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt semasa menduduki peperiksaan masing-masing nanti.
Sedikit hidangan ringan akan disediakan selepas majlis berakhir.
Sekian, terimakasih.
Monday, 3 August 2015
KULIAH ILMU
Kuliah-kuliah agama dan majlis ilmu bermula semula di Surau Taman Selasih selepas direhatkan semasa bulan Ramadhan dan Syawal.Berikut ialah kuliah-kuliah maghrib yang dijadualkan untuk minggu ini:
Hari ini 3/8/2015 - Ustaz Mahfuz Roslan
Khamis 6/8/2015 - Ustaz Kasim
Jumaat 7/8/2015 - Ustaz Juhaimi
Sekian
Thursday, 9 July 2015
MAJLIS KHATAM AL QURAAN - 14 JULAI 2015 / 27 RAMADHAN 1436 SELEPAS SOLAT ASAR
Kami ingin memaklumkan bahawa Majlis Khatam Al Quraan akan diadakan pada 14 Julai 2015 / 27 Ramadhan 1436H selepas solat asar. Ini akan diikuti dengann majlis berbuka puasa beramai-ramai. Semua jemaah yang berkelapangan dijemput hadir.
Wednesday, 24 June 2015
BELASUNGKAWA ALLAHYARHAM USTAZ HASSAN AL HAFIZ, PENGETUA DAN PENGASAS PUSAT TAHFIZ AT TOHIRIYAH, TAMAN SELASIH, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.
Selepas selesai solat terawih malam tadi, jemaah Surau Taman Selasih telah bersama-sama menyertai anak-anak pelajar tahfiz untuk mengadakan majlis tahlil arwah kepada Allahyarham Ustaz yang telah dijemput pulang untuk bertemu Pemiliknya malam semalam, dalam keadaan pengakhiran yang kita boleh andaikan sebagai "husnul khatimah".
Semasa hayatnya, Allahyarham Ustaz, disamping menjadi pengasas dan pentadbir sekolah tahfiz, beliau juga pernah menjadi pengerusi Surau Taman Selasih seketika waktu dahulu, serta menjadi imam di surau. Malah, beberapa minggu sebelum mengakhiri hayatnya, Allahyarham Ustaz masih megajar di Surau Taman Selasih pada setiap malam Selasa, membacakan kitab Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub (Peringatan Buat Hati Yang Lalai). (Kami difahamkan bahawa adik ipar beliau, Ustaz Adha, sudahpun memberikan kesediaan untuk menyambung pembelajaran kitab ini seketiadaan beliau...alhamdulillah).
Bagi Surau Taman Selasih, pemergian ini adalah merupakan satu kehilangan yang besar. Kami tidak dapat lagi menimba ilmu serta mendengar pegajarannya, yang kami kira amat bernilai, amat bermutu dan tepat dengan kehendak Allah swt.
Pada kami, Allahyarham Ustaz Hassan Al Hafiz adalah merupakan seorang pejuang Islam yang sejati, yang nawaitu hidupya hanyalah satu, iaitu mengembangkan syiar Islam serta menegakkan Agama Allah di bumiNya ini di dalam bentuk kesyumulannya, secara total dan menyeluruh tanpa meninggalkan apa-apapun yang terkandung di dalam pengajarannya.
Beliau adalah seorang tokoh yang kami sanjung dalam mendokong konsep "amal maaruf dan nahi mungkar, dalam membentuk keadilan sejagat, dalam menentang kezaliman dan ketidak-adilan, serta juga dalam membentuk kami di kariah Taman Selasih supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik dan memperbetulkan aqidah kami supaya benar-benar menegakkan kalimah La Ila ha Illallah.
Wa akhiri, kami iringi pemergian Allahyarham Ustaz yang kami sayangi ini dengan doa dan pengharapan semoga semua jasa-jasanya, perjuangannya, kesungguhannya serta istiqamahnya, tidak dipandang sepi oleh Allah swt., bahkan diberikannya limpah kurniaNya, kesenangan dan ketenangan di alam barzakh serta ditempatkannya bersama-sama para-para anbiya' dan pejuang-pejuang agama yang lain, serta orang-orang yang salih dan yang dikasihi oleh Allah swt di akhirat nanti. InsyaAllah.
Ya Allah, sepeninggalan Ustaz yang kami sayangi ini, janganlah Kau pinggirkan kariah Taman Selasih ini, biarlah ada pengganti yang akan berusaha untuk mengembangkan syiar ugamaMu di kalangan kami. Amin Ya Robbal Aalamiin...
Friday, 19 June 2015
AHLAN WA SAHLAN YAA MARHABAN YAA RAMADHAN
Surau Taman Selasih ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Yang Mulia Lagi Barokah kepada semua Muslimin dan Muslimat. Sama-samalah kita berpuasa serta menambahkan amal-ibadat yang lain (seperti membaca mentadabbur Al Quraan) semoga kita dapat menjadi insan-insan yang bertaqwa kepada Allah swt.
Setakat yang termampu dan terdaya, kami telah menyediakan kemudahan-kemudahan yang baik di Surau Taman Selasih bagi menambahkan keselesaan dan keceriaan jemaah untuk beramal-ibadat di Surau, terutama sekali untuk bersolat terawih berjemaah. Di samping itu, janganlah segan untuk menyertai program tadarrus kami yang akan diadakan pada setiap malam (bermula dengan malam ini) sebaik sahaja selesai hidangan ringan moreh.
Kami juga ingin menjemput semua jemaah jauh dan dekat untuk bersama-sama menyertai kami di surau untuk berbuka puasa beramai-ramai pada hari Jumaat ini (2 Ramadhan 1436H/19 Jun 2015M) yang dianjurkan oleh salah seorang ahli kariah surau. (Program-program lain akan diberitahu kelak secara berterusan apabilaa kami mendapat maklumat lengkap).
Subscribe to:
Posts (Atom)