Monday, 27 April 2015
MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1436H
Kami ingin memaklumkan bahawa Majlis Sambutan Israk dan Mikraj di Surau Taman Selasih pada tahun ini akan diadakan pada hari Saabtu 16 Mei 2015. Acara kemuncak sambutan ini ialah Ceramah Perdana Israk dan Mikraj yang akan disampaikan sebaik sahaja selesai solat Maghrib oleh penceramah jemputan tersohor di nusantara ini iaitu YBhg Ustaz Drs Nursalam Abdul Mutalib Al Hafiz. YBhg Ustaz adalah Mudir Maahad Tahfiz Darul Huffaz, Lampung, Sumatera, Indonesia. Kami dengan ini menjemput semua umat Islam di sekitar daerah Port Dickson (jauh dan dekat) supaya dapat hadir ke majlis yang gilang gemilang ini. Terimakasih
Tuesday, 21 April 2015
Selamat menyambut kedatangan bulan Rejab....
Sedar tak sedar, sudah dua hari rupanya kita berada di dalam bulan Rejab. Tahniah kepada sesiapa yang sudah mulai berpuasa dari semalam.
Bulan Rejab sebenarnya adalah rangkaian 3 bulan di dalam Islam di mana tuntutan supaya amalan dilipat gandakan...iaitu Rejab, Syaaban dan seterusnya Ramadhan. Tentu ramai yang tahu tentang doa Nabi Muhammad saw yang popular apabila tibanya bulan Rejab iaitu: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaabaan, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.
Sempena dengan kedatangan bulan-bulan yang mulia yang 3 serangkai ini, marilah kita mula menambahkan serta meningkat amalan kita sehingga ke kemuncaknya di bulan Ramadhan Al Mubarak nanti. Insya Allah
Wednesday, 8 April 2015
MAKLUMAN AWAL : SAMBUTAN MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ 1436H
KAMI BERBESAR HATI INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA SAMBUTAN MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ PADA TAHUN INI AKAN DISAMBUT PADA 16 MEI 2015 (HARI SABTU). MAJLIS INI AKAN DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN YBHG USTAZ DR NURSALAM ABDUL MUTALIB AL HAFIZ, MUDIR MAAHAD TAHFIZ DARUL HUFFAZ, LAMPUNG, SUMATERA, INDONESIA. USTAZ NURSALAM AKAN MENYAMPAIKAN CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ SEBAIK SAHAJA SELEPAS SOLAT MAGHRIB. HARAP MAKLUM.
Saturday, 7 March 2015
PERTANDINGAN LIGA BOLASEPAK 7 SEBELAH "PIALA PENGERUSI SURAU TAMAN SELASIH"
Kami ingin memaklumkan bahawa sempena dengan cuti sekolah minggu hadapan, Surau Taman Selasih ingin menganjurkan satu pertandingan bolasepak 7 sebelah "Piala Pengerusi Surau Taman Selasih".
Pertandingan ini terbuka kepada semua remaja dan anak-anak (lelaki sahaja) yang berusia 15 tahun ke bawah. Borang penyertaan boleh diambil dari Setiausaha Surau atau pun Pengurus Kejohanan iaitu Sdra Fazle.
Penyertaan adalah percuma.
Hadiah bagi juara ialah RM150, manakala naib juara dan tempat ke tiga masing-masing akan mendapat RM100 dan RM75.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/3/2015
Tuesday, 24 February 2015
RAYUAN SUMBANGAN UNTUK MEMBAIK-PULIH SURAU TAMAN SELASIH SEMPENA DENGAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN 1436H
Sebagai persiapan awal sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan 1436H Al Mubarak pada bulan Jun 2015 nanti, pihak pengurusan Surau Taman Selasih bercadang untuk menyiapkan beberapa perancangan untuk membaik-pulih keadaan surau bagi menyediakan tempat ibadah yang lebih selesa di bulan puasa nanti. Di antaranya ialah menyiapkan tandas dan tempat mengambil wuduk wanita, menyediakan alat pendingin hawa (air-con), dan menukar ganti sistem pembesar suara surau supaya lebih kuat dan berkesan.
Bagi merialisasikan perancangan membaik-pulih surau ini, kami sekarang dalam rangka untuk mendapatkan dana. Kepada mana-mana pihak, samada individu, syarikat, organisasi atau pun korporat, yang berkelapangan, kami berharap agar Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan, sekadar yang mampu.
Doa, cita-cita serta harapan kami ialah semoga Allah mengizinkan supaya perancangan membaik-pulih ini dapat diselesaikan sebelum tibanya bulan Ramadhan, supaya jemaah di bulan puasa nanti dapat beribadah dengan lebih selesa dan sejahtera.
Sumbangan boleh diberikan secara terus ke tabung surau atau pun melalui cek di atas nama "Surau Taman Selasih" atau pun memasukkan secara terus ke dalam akaun kami di Bank Islam Cawangan Port Dickson. No akaun Surau Taman Selasih ialah 0504901003888.
Di atas derma, infaq serta sumbangan Tuan/Puan itu kami terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terimakasih serta mendoakan semoga Allah swt memurahkan lagi rezeki Tuan/Puan di dunia ini dan melipat-gandakan pahala Tuan/Puan di akhirat nanti.
Sekian, Terimakasih.
Thursday, 12 February 2015
TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN TUAN GURU DATO' NIK AZIZ
Surau Taman Selasih dengan penuh dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Tuan Guru serta seluruh pejuang dan pendokong gerakan Islam, di atas kepulangan Tuan Guru ke rahmatullah. Semoga roh Tuan Guru Nik Aziz dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa dan pemergiannya yang baik di malam jumaat ini (husnul khatimah) diredhai oleh semua. Al Fatihah.
Friday, 9 January 2015
Perarakan Maulidur Rasul Surau Taman Selasih - 17 Januari 2015
Sempena dengan kedatangan Maulidur Rasul pada tahun 1436 Hijrah ini, Surau Taman Selasih akan menganjurkan satu majlis sambutan bagi meraikan Maulidur Rasul ini pada hari Sabtu 17 hb Januari 2015. Acara kemuncak kepada majlis sambutan ini ialah Perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan sebaik sahaja selepas solat Asar, diikuti dengan persembahan marhaban/berzanji, selawat, dan qasidah. Pada sebelah malamnya, majlis akan diteruskan dengan majlis bacaan yaasin dan tahlil, dan akan diakhiri dengan jamuan makan malam. Semua yang berdekatan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan majlis dan perarakan Maulidur Rasul kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)