Friday, 11 November 2011

Majlis qurban 10 Zulhijjah 1432 H

Sempena ketibaan 10 Zulhijjah 1432 H, Surau Taman Selasih Port Dickson telah berjaya menjayakan majlis ibadah kurban seperti tahun-tahun sebelumnya (Alhamdulillah). Pada tahun ini, sebanyak 5 ekor lembu telah ditumbangkan dengan izin Allah. Majlis ini telah dijayakan secara bergotong royong oleh ahli qariah taman selasih. 


5 ekor lembu yang bakal di qurbankan
Majlis telah dilaksanakan dari pukul 9 setengah pagi dan selesai menjelang waktu zohor. Penyembelihan lembu telah di laksanakan oleh imam 3 surau taman selasih iaitu imam Azmi dan di bantu oleh ahli qariah.Kerja melapah, memotong daging dan tulang dan menimbang serta membungkus daging telah di laksanakan secara bergotong royong oleh jemaah lelaki.


Alhamdulillah..satu dah tumbang..
Kerja melapah
Bersama-sama memotong daging dan tulang
Seperti tahun - tahun yang sudah, selepas majlis qurban diselesaikan, sedikit majlis tahlil dan jamuan akan diadakan. Para muslimat pula bergotong royong 
untuk menyediakan jamuan untuk ahli qariah.


Sup tulang...dan jamuan makan
Semoga tahun akan datang, majlis seperti ini akan diadakan lagi demi memperingati kisah pengorbanan nabi  Allah Ibrahim dan anaknya nabi Ismail selain merapatkan hubungan silaturrahim sesama muslim.



Wednesday, 10 August 2011

sekitar Majlis Tazkirah Ketibaan Bulan Ramadhan bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din al-hafiz - Part 1



ketibaan Dato' Haron Din



Para tetamu yang hadir

masing-masing membawa air untuk di bacakan doa oleh tuan guru.

Muslimat juga turut hadir


Jamuan ringan sebelum maghrib

setiausaha dan timbalannya
Dato' dan bilal surau
Imam Azmi
En. Khairul

Saturday, 6 August 2011

TAZKIRAH RAMADHAN DAN ZIKIR MUNAJAT





Sempena buan ramdhan yang mulia ini, surau Taman Selasih akan mengadakan tazkirah Ramdahn dan zikir munajat bersama Ustaz Dr. Badrul Amin Baharon.

Tarikh : 11 Ogos 2011 , KHAMIS

Masa : Selepas Isyak

Tempat : Surau Taman Selasih , Port Dickson



Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir!!

Saturday, 23 July 2011

Pengumuman: Ceramah Marhaban Ya Ramadhan

Pengumuman: Pusat Tahfiz At-Tohiriah (Ustaz Hasan al-Hafiz) akan mengadakan sebuah ceramah yang bertajuk Marhaban Ya Ramadhan. Maklumat lanjut seperti di bawah:


Penceramah: Ustaz Ahmad Sofi Bin Abdullah, Ketua Pen. Pengarah Unit Naziran dan Kualiti Pendidikan MARA
Tempat: Pusat Tahfiz At-Tohiriah (Rujuk peta di bawah)
Tarikh: 24 Julai 2011/22 Syaaban 1432 (Ahad)
Masa: 8:00 malam



Muslimin muslimat dijemput hadir..

Monday, 18 July 2011

Peta surau Taman Selasih

Peta Surau Taman Selasih

Majlis Tazkirah Sempena Ketibaan Ramadhan Al-mubarak

Sempena kedatangan bulan yang mulia, bulan ramadhan, Surau Taman Selasih akan mengadakan sebuah majlis tazkirah yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din al-hafiz. Majlis akan diadakan pada 26 Julai 2011 selepas solat maghrib. Semua muslimin muslimat di jemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini.






Peta Surau Taman Selasih

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan